Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Thursday, March 18, 2010

TaK suKa FaceBook...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan menulis di dalam blog yang disayangi ini walaupun pada minggu ini teramat sibuk sehingga waktu rehat pun hanya beberapa jam sahaja, bersyukur padaNYA kerana pada saat begini, kesihatan dan rezeki yang diberiNYA amatlah disyukuri, Alhamdulillah(^_^)...

Alhamdulillah, tugasan-tugasan yang diberi semakin berkurangan dan insyaAllah target untuk menyiapkan kesemuanya pada minggu sebelum "study week" akan terlaksana sekiranya azam dan semangat yang kuat untuk menimba ilmu terpahat dalam hati dan niat yang betul. Lebih-lebih lagi semangat tiba-tiba datang apabila mendengar ma abah datang...=)

Terima masih ma abah sentiasa menyokong Yah dan mendoakan Yah..Yah sayang ma abah...=)

Sal tajuk tuh, memang secara jujur saya tidak menyukai facebook kerana sebab2 tertentu :

1) Mark Zuckerberg adalah pencipta facebook yang merupakan mahasiswa universiti Harvard  dan menurut sumber yang diperoleh dari pembacaan, beliau adalah anggota Alpha Epsilon Pi ( perkumpulan Yahudi Amerika Utara )..

2) Sumber pendapatan diperoleh facebook adalah digunakan untuk peperangan di Gaza...

3) Selain itu, saya melihat sendiri ramai terleka dan terpengaruh dengan permainan-permainan yang disediakan dalam facebook...dan paling teruk ada yang pendek akal mempercayai keputusan permainan yang dimainkan itu...bukankah itu boleh dikatakan tidak cerdik??

4) Saya tak nafikan facebook nih membantu saya pada ketika saya tiada kerja n tahap kebosanan yang melampau...tapi itu dulu, saya pada ketika itu tidak tahu menghargai masa emas saya, tidak menghargai buku-buku yang menuntut untuk dibaca..saya insaf seketika mengingatkan saya pada masa lampau... Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku..=,((....
facebook banyak membuang masa saya, banyak membuatkan saya terleka..begitu cepat terpengaruh ciptaan yahudi yang memang mahu merosakkan umat Islam, saya tidak akan biarkan!!

5) Malahan dalam akhbar tempatan ada melaporkan tentang kemerosotan pelajar yang terlalu taksub dengan facebook hingga mengabaikan pelajaran mereka. Saya berpendapat kebanyakannya adalah terdiri daripada pelajar di sekolah menengah yang terlalu mentah tentang hala tuju hidup mereka...dan mahasiswa/i juga tergolong tetapi mungkin dalam peratusan yang kecil...

6) Dalam peratusan yang teramat kecil mungkin mengeruhkan hubungan kekeluargaan dan kawan2 sekiranya menggunakan facebook dengan niat yang salah...

7) Dan lain-lain seperti membazirkan wang beli broadband semata-mata facebook ( jika ada yang berniat sedemikian, harap diubah...belum terlamabt=) )

8) dan banyak lagi...

Setelah difikir2...saya akan menggunakan kepopularan facebook sebaik mungkin, menjadikannya sebagai medan ilmu, medan menyebarkan ilmu agama dan jauhkan saya dari terleka dengan facebook...semoga perjuangan saya diberkati Allah s.w.t...

p/s Saya mahu menjadi hambaMU yang sentiasa dekat di sisiMU ya ALLAH...amin.

No comments: