Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Sunday, January 17, 2010

Mengalih fikiran...

Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu, bahasa Melayu adalah bahasa yang amat tersohor, sebagai lingua franca sedikit masa dahulu. Tokoh bahasa, Za'ba, yang merupakan peneroka, pelapor kepada kajian-kajian tatabahasa bahasa Melayu, jika masih hidup sudah tentu lantang bersuara melihat masa depan bahasa Melayu kini, yang dipinggirkan oleh penuturnya sendiri.

  "Karangannya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu sungguh benar pelita yang menerang suasana kelam keliru dan menunjuk jalan ke arah kesedaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu". ( Prof.Dr.Syed Naquib Al-Attas : Pelita Bahasa Disembar 2008 ).

Jika dilihat dari prospek sejarah, adalah amat perlu kita mengimbas bahawa perjuangan tokoh-tokoh dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sebelum negara merdeka seiring dalam menuntut kemerdekaan pada masa itu akan memberikan keinsifan berganda pada kita. Oleh itu, marilah kita merenung kembali kegemilangan masa depan bahasa yang semakin dipinggirkan itu. Marilah kita bermunasabah dan berusaha segenap peluang yang ada hanya untuk memartabatkan kembali, meletakkan kembali bahasa Melayu pada keadaan asalnya.

Yang pasti, sudah tentu banyak rintangan akan kita tempuh untuk ke arah itu, walaupun tak dapat kita nafikan bahasa Inggeris amat penting buat masa sekarang. Marilah kita mengimbangkan penggunaan bahasa Melayu supaya tidaklah kita, sebagai bangsa Melayu dianggap lupa pada bahasa sendiri dan dianggap mengagungkan bahasa Inggeris...
Sumber rujukan: Pelita Bahasa Disember 2008.

Salam dari saya, Siti Nur Nadiah binti Zakaria=)

No comments: