Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Wednesday, January 20, 2010

BELAJARLAH MENGHARGAI ILMU...

“Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur”

Salam bertemu kembali!!

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T sekali lagi saya dapat menulis di dalam blog ini. Sebelum tertulisnya penulisan ini, terfikir-fikir saya ( agak lama ) untuk mencari ilham dalam KISAH PENGAJARAN buat kali ini, maklumlah baru sahaja terjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Insya-Allah, semoga dalam forum KISAH PENGAJARAN akan memberi iktibar kepada diri saya dan juga kepada anda semua nanti!! Insya-Allah=)



KISAH PENGAJARAN 2

BELAJARLAH MENGHARGAI ILMU

“Nurul Anis Sofea binti Nur Muhammad Adam!!!”, sergah cikgu Munirah memanggil nama pelajarnya yang terkenal dengan sikapnya yang suka mengelamun dalam kelas selain pelajar yang gemar tertidur di dalam kelas. “Aaa, cikgu,napeee?”, kelam kabut Anis apabila cikgu disiplin sekolah merangkap guru mata pelajaran Sejarahnya itu memanggil namanya dengan suara yang begitu lantang. “Awak tanya kenapa??,dah banyak kali aku panggil kau, wat-wat tak dengar atau kau tu dah memang pekak??”, pekik cikgu Munirah dalam nada yang tidak berpuas hati. “Saya, saya tak...”, teragak-agak Anis ingin menjawabnya. “ Lepas kelas, jumpa saya di bilik disiplin”,celah cikgu Munirah. Anis mengangguk malas. Fikirannya sudah tercelaru memikirkan nasib yang akan terjadi kepadanya sebentar lagi. “Arghhh,lantaklah, malas aku nak fikir, pe nak jadi, jadilah”, fikir Anis untuk menenangkan dirinya.

“Bangun semua, terima kasih cikgu”, arah ketua kelas 5 Delima, Muhd Airiel Adib, sambil diulang semula oleh 25 orang pelajar kelas 5 Delima itu. “ Anis, nape kau ni?, cikgu Munirah dah banyak kali panggil nama kau taw, tu yang dia marah tadi...”, tanya kawan karib Anis, Wan Fadhilah. “Erm,kau tak payah tanyalah, kan kawan kau tu memang kaki mengelamun”, celah Airiel sambil disambut hilai tawa kawan-kawannya yang menyokong kata-kata Airiel. “Woii, aku lempang sorang-sorang baru padan, nanti kau”, kata Anis dalam nada mengugut sambil memandang muka Airiel dengan pandangan sinis. “Dah-dah, jom aku teman kau jumpa Puan Munirah, tak payah layanlah orang camni, wat habis modal kau jerk”, kata Fadhilah sambil menarik tangan Anis. Mereka beriringan keluar menuju ke bilik Puan Munirah yang berada di tingkat dua berdekatan Pejabat Am sekolah itu.

“Erm,aku tak sengajalah tadi Fad,aku tak tawla nape aku boleh berubah camni, dulu aku tak camni pun”,keluh Anis pada kawan karibnya itu. “Kau kena cari puncanya Anis, aku bimbang, kita ni dah nak SPM taw,ada tiga bulan lagi, kalau kau berterusan macam ni, aku takut masa depan kau tu je rosak, aku bukan pe Anis, aku nak kita sama-sama melangkah kaki kat menara gading,capai cita-cita yang kita idam-idamkan tu”, sedikit beremosi Wan Fadhilah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya itu. Mereka sejak tingkatan satu lagi sudah berkawan baik, dia memang sudah hilang akal memikirkan mengapa kawannya itu sudah kurang bersemangat untuk belajar, padahal semasa tingkatan tiga, Anis adalah pelajar cemerlang sekolah, menjadi kebanggaan dan kesayangan guru-guru di sekolah itu termasuk Puan Munirah. Anis hanya mengangguk tanda faham .

“Aku tunggu kau kat luar je ye”,pinta Fadhilah. “Orait, kau doa-doakan aku erk,hehe”, tersengih-sengih Anis kepada kawan baiknya itu sedangkan dalam hatinya begitu sedih kerana sudah berkali-kali berjumpa dengan Puan Munirah disebabkan kes yang sama. “Assalamualaikum cikgu”, Anis memberi salam kepada Puan Munirah sambil menutup pintu bilik gurunya itu. “Waalaikumussalam,duduklah”,balas Puan Munirah tanpa memandang ke arah Anis. Hening seketika suasana bilik disiplin itu. “Awak ada masalah apa sebenarnya?”, soal Puan Munirah tiba-tiba kepada Munirah. “Ada masalah,bagitau cikgu, cikgu akan tolong,ni tak, cikgu tanya,awak cakap awak tak sihat lah, awak tak ada masalah lah, cubalah berterus terang”,nada Puan Munirah seakan-akan memujuk Anis untuk memberitahu masalah yang dihadapinya itu. Anis terkebil-kebil memandang guru kesayangannya itu. Dia tidak tahu harus memberitahu atau tidak masalah yang dia hadapi itu. Dia malu untuk memberitahu kawan baiknya sendiri, apatah lagi gurunya itu. “Ehem, Aniss, saya tengah bertanya ni,takkan awak tido kot”, sinis ayat Puan Munirah sambil berdehem. “Cikgu,saya minta maaf, saya tahu saya telah hampakan cikgu dan pihak sekolah ni”, kedengaran perlahan suara Anis. “Saya tak ada masalah, saya janji, saya takkan buat lagi apa yang sudah saya buat selama ini”, pinta Anis sambil memandang ke arah tangannya yang dirasakan terketar-ketar. “Tujuh bulan lepas, ni je alasan awak. Sedar ke tak ni, ada tiga bulan lagi awak nak exam SPM, awak tak risau ke?”, tanya Puan Munirah lagi. Anis hanya mengangguk sahaja. “Ibu bapa awak pun dah berkali pihak sekolah panggil, saya tak taw lagi macam mana nak tolong awak, ingat Anis, ilmu penting dalam hidup kita, saya tak nak awak menyesal je”,sedikit tegas kedengaran suara Puan Munirah memberi nasihat kepada anak didiknya itu. “Saya faham, cikgu”, balas Anis sambil mengangguk.

“Kringgg..kringgg”, loceng sekolah tepat berbunyi menunjukkan jam 2.30 petang, menandakan persekolahan pada hari itu berakhir. “Bye Fad”,kata Anis sambil melambai-lambai ke arah Wan Fadhilah. “Rindulah...”, bisik hati Anis sambil berjalan pulang menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter sahaja daripada sekolah. Anis teringat kepada kenalan smsnya yang dipanggil sebagai Harith. Mereka berkenalan secara tidak sengaja apabila Harith dengan tidak sengaja tersilap menghantar sms kepada Anis. Sejak itu, mereka sering bertanya khabar sehinggalah terbit perasaan sayang Anis kepada Harith,  walaupun hakikatnya tidak pernah berjumpa. “Assalamualaikum mak”, Anis memberi salam kepada emaknya yang sibuk memasak di dapur. “Mak masak apa arini”, tanya Anis sambil mencapai telefon bimbitnya seraya bersiul-siul. “Mak goreng-goreng jer, malas pulak nak masak yang berat-berat”, balas Mak Ton sambil membalik-balikkan ikan yang sedang digoreng itu. “Eh, budak nih,  aku rampas nset tu balik baru padan muka kau tu, balik-balik sekolah, terus capai handset, bukan nak gi mandi, solat-solat dulu”, membebel Mak Ton melihat perangai Anis tu. Cepat-cepat Anis masuk ke dalam bilik dan menguncinya. “Selamatt...”, tersenyum Anis melihat mesej yang dihantar ada balasan. Harith membalasnya.

Setiap hari dan setiap jam Anis hanya bermesej sahaja dengan kenalannya itu hingga mengabaikan pelajarannya. Bahkan tiap-tiap malam, sehingga kadang-kadang jam 5 pagi baru Anis terlelap. “Anis dah ngantuklah Harith, sok sekolah”, taip Anis. “Janganlah tido lagi, kita sembang-sembang lagilah”, Harith membalas. Begitulah perangai Harith. Anis  sebenarnya sudah tidak mahu memikirkan soal pelajaran. Dia sudah tidak minat belajar, kerana baginya, dia menganggap perasaannya terhadap Harith lebih penting dari segalanya. “Harith,sok Anis dah start exam SPM, doakan Anis taw”.

“Alhamdulillah, last paper pun dah dihantar tadi, hope kita semua dapat result gempak-gempak nanti, insya-Allah”, tersenyum Wan Fadhilah setelah bertungkus lumus selama 3 minggu untuk menghadapi peperiksaan SPM. Kawan-kawannya yang lain termasuk Anis hanya mengangguk tanda setuju. “Fad, aku tak leh jawab subjek tadi...”, luah Anis perlahan tanpa disedari oleh Fadhilah yang sedang dalam kegembiraan itu. Tiba-tiba hati Anis sayu. Dia terasa dirinya terasing. Trial SPM pun dia hanya dapat 1A sahaja, itu pun subjek Bahasa Inggeris. Subjek-subjek sains semuanya dia gagal. “Ya Allah, ampunilah dosa hambaMU ini”, bisik hati Anis lagi. Bukan itu sahaja, seminggu sebelum berakhirnya exam SPM, dia mendapat maklumat daripada ibu bapa Harith sendiri yang memberitahu bahawa Harith telah ditahan oleh polis atas tuduhan merogol dan meliwat gadis-gadis di bawah umur yang dikenalinya melalui telefon bimbit. “Alhamdulillah, rupa-rupanya KAU masih menyayangi hambaMU ini lagi Ya ALLAH,begitu jahilnya aku dalam mengenali lelaki ini”, Anis menadah tanda syukur kepada Allah kerana dia tidak menjadi mangsa kepada lelaki yang dikenali dengan nama Harith itu.

“Tarikh keluar keputusan SPM adalah pada 23 Februari 2001”, berdebar-debar Anis mendengar pemberita TV1 itu menyampaikan berita yang sekian lama ditunggunya itu. “Tenangkan hati aku ini Ya Allah”. “Tahniah!!!Akhirnya kau berjaya gak Fad, aku kagum dengan kau”, Airiel meluahkan kegembiraannya kepada kawannya itu yang menjadi pelajar cemerlang sekolah mereka. “Kau pun sama gak Airiel, kagum gak aku, tak sangka aku, kau pandai rupa-rupanya”, seloroh Wan Fadhilah kepada bekas ketua kelasnya itu. Masing-masing tertawa. “Aku tak nampak kelibat Anis pun. Dia taw tak arini kuar result?”, tanya Airiel kehairanan. “A’ah la Airiel, aku pun mencari-cari gak si Anis tu, dah sms pun semalam kata result kuar arini, dia tak balas pulak mesej aku”, luah Wan Fadhilah yang juga hairan dengan perangai sahabatnya itu.

“Anis, Alhamdulillah aku berjaya memasuki matrikulasi idaman aku, kau macam mana, dapat sambung kat mana”, bertalu-talu soalan dari Wan Fadhilah kepada Anis melalui sistem pesanan ringkas itu. Tersenyum Anis mendengar sahabat baiknya itu mencapai apa yang dihajati. “Aku belanja minum petang nih, jumpa kat tempat biasa”, balas Anis ringkas.

“Aku tak dapat tawaran mana-mana Fad”, perlahan dan sayu kedengaran suara Anis. “Aku pun dapat result SPM yang teruk, aku malu nak jumpa kau masa keluar result ari 2, terus aku balik rumah lepas ambik slip result”, jelas Anis satu persatu menjelaskan kehairanan yang sekian lama menguasai kawannya itu. “Tahniah dari aku Fad”. “Anis, jangan putus asa ye, aku tahu kau pandai, tapi, anggaplah kau tak ada rezeki kali ini”, pujuk Wan Fadhilah walaupun hakikatnya dia tidak percaya itu yang sebenarnya berlaku. “Aku nak sambung belajar, aku janji pada diri aku dan aku janji pada kau Fad, yang aku akan belajar rajin-rajin nanti, dan aku janji yang aku nak belajar untuk lebih menghargai ilmu itu, insya-Allah”, bersungguh-sungguh Nurul Anis Sofia memberitahu tekadnya itu kepada sahabat rapatnya itu. Wan Fadhilah mengangguk-angguk sambil menepuk-nepuk bahu Anis tanda memberi sokongan.

MORAL:
Kisah ini menjadi motivasi sekiranya kita bijak menilai mesej yang ingin disampaikan kepada anda semua. Harus kita ingat, ilmu adalah penting dan begitu berharga dalam mencorak hidup kita nanti, bak kata pepatah, "Our Future Depends on What We Do Today". Anis yang asalnya pelajar yang pintar, mengabaikan pelajarannya semata-mata kerana terlena dengan keindahan dunia dan tidak pernah cuba belajar untuk menghargai ilmu. Ada dua mesej penting di dalam cerita ini:

1) Cintailah lebih kepada pemberi rezeki kepadamu, iaitu cintailah Allah s.w.t, maka,hidup akan memperoleh hidayah  nanti.
2) Cintailah ilmu kerana ianya amat berguna kepada kita. Dengan ilmu, orang tidak akan memandang sinis dan memandang rendah kepada kita.
WALLAHUA'LAM.

Cerita asal dari : Siti Nur Nadiah binti Zakaria





2 comments:

mamabudak2 said...

uih,xsangka yah dh berjinak2 ngan blog loni... since yah berminat ngan motivational story, nati kwin recommend a book which is soooo good... kwin really like it!

dieynadiah87 said...

ok k.ewin, thaks!!=)