Search This Blog

Followers

Sunday, January 17, 2010

BELAJARLAH MENGUNGKAPKAN PERKATAAN SYUKUR...

"Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan"
sumber : http://promote5.blogspirit.com/

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana berkesempatan hujung minggu ni untuk aktif blog, walaupun sibuk dengan kuliah, tugasan kuliah, aktiviti2 lain, tetapi, sesekali tidak pernah merungut kerana itulah cabaran sebenar, kehidupan realiti seorang pelajar universiti..syukur Alhamdulillah.=)

  Kisah yang akan saya kongsi ini adalah hasil nukilan dari saya semata-mata untuk sama-sama kita bermunasabah tentang diri masing-masing bahawa setiap apa yang akan kita lakukan, setiap cabaran yang kita lalui, perlulah kita mengungkapkan syukur, supaya kita tidak alpa tentang asal usul kejadian kita nanti. Sama-samalah kita ambil pengajaran nanti, AMIN.

KISAH PENGAJARAN 1
BELAJARLAH MENGUNGKAPKAN PERKATAAN SYUKUR


"Erm..besday aku nanti umi nak beli apa erk",tanya Qaseh kepada satu-satu adik kesayangannya             Nur Qairani. "Ani rasakan umi mesti beli yang gempak-gempak punyalah, kitakan anak kesayangan umi", riang kedengaran suara Qairani di dalam sebuah rumah teres yang kedudukannya berdekatan jalan itu. Tidak berapa lama kemudian, kedengaran hilai tawa masing-masing memecah kesunyian pagi itu. "Nape korang nih,ketawa mengalahkan petir je, dah solat subuh belum nih? dah kul 7 nih!!"...sergah Mak Usu sambil berlalu pergi. "Eieee..benci betul aku kat dia nih, perasan bagus sangat!!", bebel Qaseh dalam hati kepada emak saudaranya itu. Memang Qaseh tidak berapa suka kepada satu-satunya emak saudaranya itu, kerana Qaseh sentiasa mencemburui emak saudaranya yang lebih cantik dan pandai daripadanya, walaupun hakikatnya Mak Usu sebenarnya seoarang yang  baik dan hanya bersifat tegas pada hal-hal tertentu sahaja dengan niat mendidik anak-anak saudaranya yang malang, kerana telah kematian ayah dan ibunya pula seorang pesakit buah pinggang kronik.

"Umii,kak long panaslah,pasanglah kipas tuu...", rungut Qaseh kepada uminya pada suatu malam. "Umi tak lehlah pasang kipas Qaseh, umi tak berapa sihat nih, badan umi rasa panas je nih, dahlah sok umi kena pegi hospital,takut kena tahan wad je", jelas Ainun kepada anaknya Qaseh. "Qaseh tak kiraa..nak gak!!", sambil menuju ke arah kipas. "Hurmm, iyerlah Qaseh...", Ainun mengiyakan sahaja. Dari tadi lagi Qairani hanya mendiamkan diri dan memerhatikan sahaja tingkah laku kakaknya yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-15 tahun itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

 "Pas jumpa doktor nanti, aku ada perjumpaan dengan pesakit-pesakit buah pinggang, kau mai ambik dalam kul 5 je lah yer,nanti ada apa-apa, aku call yer," pesan Ainun kepada adiknya. " Okey, no hallah kak Ainun, small matter jer,hehehe..ada majlis makan-makan, jangan lupa taw ajak Ros,suka sangat makan nih!!",balas Ros sambil mengenyit mata kepada kakak kesayangannya itu sambil berlalu pergi.

"Alamakk, dah kul 5, ya Allah, lupa lak nak ambik kakak aku, aku chow dlu erk", kata Ros kepada kawan karibnya, Syamimi Salihin. "Okey,okey..no hal", tersenyum Syamimi Salihin melihat tingkah laku Ros itu.

"Sori yer kak, lewat sikit, ada hal tadi dengan si Mimi tu,hehe. Camner seminar tadi, okey tak?", tanya Ros. "Okey jer, aku siap dapat mug lagi taw, pihak hospital bagi sempena penghargaan kepada pesakit-pesakitnya, cantik je mug nih, aku hajat nak bagi besday Qaseh laa, okey tak? Lagipun kau tahukan, aku mana ada duit, sejak sakit ni, takda sapa-sapa dah nak offer aku keje, mujur aku menumpang belas dari kau Ros," sebak kedengaran suara Ainun. Terdiam Ros mendengar kata-kata kakaknya. "Kak, jangan cakap cam tu, sekarang Ros ada kak je, ada Qaseh, ada Qairani, syukur sangat dah. Ros tak kisah pun kak, Ros suka sangat kak duduk dengan Ros, kak jangan sedih-sedih yer. Sokkan besday Qaseh, cantik jer mug tu, Qaseh mesti suka punyalahh", bersungguh-sungguh Ros memberi penjelasan kepada kakak kesayangannya itu. "Terima kasih Ros", ucap Ainun tanda setuju. Mereka berbalas senyuman.

"Hepi besday Qaseh!!", jerit Ainun kepada anak sulungnya yang baru sahaja berusia 15 tahun itu sambil memberi hadiah yang berbalut serta sebuah ciuman. "Waa...ingat gak umi kat besday Qaseh yer, thanks umii, ni Qaseh sayanggg sangat kat umi", balas Qaseh sambil mencium tangan uminya itu. Kedengaran Qairani turut berkongsi kegembiraan kakaknya itu. "Bukaklah hadiah tu Qaseh, umi bagi sekadar termampu jer, harap Qaseh tak kisah yer". "Ok umi, Qaseh bukak nih,"...tersengih-sengih Qaseh sambil membuka balutan hadiahnya itu.

"Qaseh tak nak umii, Qaseh tak sukaaa", jerit Qaseh kepada uminya sambil melempar mug yang diberikan oleh uminya,"Pranggg!!!", mug sudah terkecai hancur. Terkejut Ainun melihat kejadian yang tidak pernah terlintas di dalam fikirannya. Kebetulan Mak Usunya tiada di rumah ketika itu. "Qasehhhhhh!!!sampai hati Qaseh buat umi macam nih!!, Qaseh lupa ke umi ni sakit, keje takda, hidup menumpang!!jerit Ainun kepada anaknya sambil terderai air matanya. Dirasakan dunia gelap melihat Qaseh berperangai sebegitu. Ainun pengsan!!

"Keadaan pesakit terlalu lemah, bolehlah panggil saudara-saudara terdekat jumpa buat kali terakhir, maafkan saya", terkedu Ros, Qaseh dan Qairani mendengar apa yang telah diucapkan oleh doktor tersebut. "Umiiiiiiiiiiiiiiii!!!Qaseh sayang umi, maafkan Qaseh", ucap Qaseh perlahan.

MORAL :
Sedih sangat baca kisah tu=(. Kalau Qaseh terima je apa yang emaknya bagi, dengan kuasa Allah, emaknya masih lagi bernafas. Qaseh bukan sahaja kehilangan ibunya malahan hadiah terakhir daripada ibunya sudah hancur berkecai. Oleh itu, sama-samalah kita mengingati perkataan "syukur", kerana tanda orang bersyukur tanda orang mengerti akan perkataan "cukup"...WALLAHUA"LAM...

Nukilan dari : Siti Nur Nadiah binti Zakaria

5 comments:

zila said...

jgkita hendaklah brsyukur dgn ape yg kite ade.jgn sesekali meninggikan suara kpd org tua kita...

zila said...

jgkita hendaklah brsyukur dgn ape yg kite ade.jgn sesekali meninggikan suara kpd org tua kita...

farah yasmin bte Azman said...

sedih2, teruskan usaha ya mak cik. rajin2 meriahkan blog. he9....

zila said...

kita hendaklah brsyukur dgn ape yg kita ade.jgn sesekali kita merungutny.
jgn jd spt Qaseh.hormatilah kedua org tua kita.jgn sesekali meninggikan suara trhadap mrk....

dieynadiah87 said...

thks fara..blog farah pun cantik sangat, teruja laks tgk blog dia, hehe..