Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Sunday, January 17, 2010

ARTIKEL AKHBAR TEMPATAN PILIHAN

TIPS DARIPADA PAKAR NOR ZAILINA NORDIN


PIZA adalah antara sajian yang sentiasa mendapat tempat di hati kanak-kanak dan kebanyakan daripada kita. Ia berasal dari Itali dan sungguh popular sebagai makanan segera. Malah, ia boleh didingin beku dengan mudah untuk disimpan selama beberapa minggu di dalam peti pembeku.


Ada tiga langkah utama dalam menyediakan piza. Pertama, bahagian dasar. Memandangkan doh menggunakan yis, ketelitian perlu bila mengadunnya. Yis adalah bahan yang amat sensitif dengan suhu. Pastikan yis yang digunakan masih baru dan aktif.

Yis yang tidak aktif atau mati tidak mampu mengembangkan adunan. Hasilnya, piza akan menjadi keras dan tidak gebu. Yis menjadi tidak aktif jika ia terkena garam. Jadi, hendaklah dimasukkan garam ke dalam tepung terlebih dulu. Dengan cara ini, ia tidak akan tersentuh secara langsung dengan yis.

Jangan gunakan air panas kerana fungsi yis akan terbantut. Hanya gunakan air suam. Namun begitu, jika anda menguli dengan mesin, lebih sesuai menggunakan air sejuk. Ini kerana kepanasan doh meningkat dengan sendirinya bila diuli dengan mesin dalam jangka masa yang agak lama.

Teknik ulian mesti betul bila membuat doh piza. Lakukan di atas papan pencanai yang ditaburkan dengan tepung. Tolak doh dengan tapak tangan secara terus-menerus. Tarik dan tolak doh sehingga ia menjadi lembut, licin dan halus permukaannya. Jangan lupa gunakan tepung roti atau tepung berprotein tinggi kerana kandungan gluten memudahkan doh kembang.

Pelembut roti akan membuat doh piza lebih lembut.

manakala bread improver mempercepatkan proses mengembangkannya. Doh mesti diletak di tempat hangat supaya mudah kembang. Tempat paling baik adalah di dalam kereta yang diletakkan di bawah matahari terik.

Cara lain ialah menyediakan bekas besar atau periuk pengukus berisi air mendidih. Letak mangkuk berisi doh dengan penutup tuala. Kemudian tutup pengukus itu dan biarkan. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sos piza di dalam botol. Anda juga boleh menyediakannya sendiri dan menyimpannya untuk digunakan pada waktu lain. Sos ini jugalah asas kepada sos tomato untuk spageti bolognese dan lasagne. Jika tidak cukup masa, campurkan sos tomato dan sos cili. Kemudian sapukan di atas doh piza.

Bahan atas untuk piza boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing. Jika menggunakan daging atau ayam cincang, anda hendaklah memasaknya terlebih dulu. Tambahkan cili Benggala atau lain-lain sayuran yang anda gemari. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sardin atau tuna di dalam tin.

Hirisan sosej atau salami lembu adalah pilihan yang sesuai. Salami adalah daging atau ayam dalam bentuk sosej yang sudah dicampur rempah dan disalai atau diproses hingga masak. Bagi penggemar sayur-sayuran pula, boleh mencelurnya sebelum digunakan.

Selain keju mozarela, anda boleh gunakan parutan keju cheddar. Sebaik-baiknya anda parut terus ke atas piza untuk mengelakkan ia berketul atau bergumpal.

Jika sukar mendapatkan oregano kering dalam botol, boleh gantikan dengan Italian seasoning. Herba seperti ini adalah penting untuk memberikan rasa asli atau autentik piza. Sekiranya anda boleh memperoleh daun basil segar, taburkan di atas piza sebaik saja ia dikeluarkan dari ketuhar.

Untuk menyimpan piza secara dingin beku, bakar sehingga separuh masak. Kemudian biar sejuk. Bungkus dengan plastik nipis sebelum diletak di dalam bekas bertutup. Anda juga boleh membungkus dengan kertas timah. Kemudian barulah disimpan dalam peti pembeku. Biar piza kembali ke suhu bilik semula sebelum dibakar seperti biasa.

Bagi yang tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk menguli doh piza sendiri, boleh gunakan roti pitta. Selain menjimatkan masa, anda juga boleh mempelbagaikan bahan atasnya mengikut bajet dan kreativiti sendiri.

Dipetik daripada Akhbar Kosmo oleh pakar Nor Zailina Nordin...

Resepi pilihan 17 Januari 2010 : Pizza

JOM BELAJAR PIZZA, SENANG JER...

Bahan-bahan Doh
5 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan air ( larutkan )
1 1/2 sudu yis ( rendam dalam air )
1 sudu kecil garam
Sedikit mentega

Bahan-bahan sos pizza
 **banyak sangat cara dia,tp, paling best cara ini...
Minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih ( untuk sebaik rasa, perlu ditumbuk, tapi kalau nak cepat, boleh hiris je)
2 labu bawang besar ( didadu )
Ayam/daging yang telah dicincang
1-2 sudu serbuk kari daging/ayam
Air sedikit
Garam secukup rasa

Bahas atas ( bergantung atas citarasa anda)
**cadangan...
Sedikit sos cili + tomato
Sedikit mayonis ( Mayonis penting kerana membuatkan rasa pizza lebih sedap )
Keju mozarela + keju cheddar ( diparut ) = campuran keju membuatkan pizza lebih terasa lazat
Sosej
Cili benggala

Cara-caranya adalah...
* Campurkan tepung + susu tepung + garam
* Gaul campuran tadi dengan air yang telah dilarutkan yis sedikit demi sedikit sehingga lembut
* Doh yang telah menjadi perlu digaul-gaul dengan mentega, ditumbuk-tumbuk supaya doh lebih lembut
* Setelah siap, bolehlah doh tadi dicanai mengikut saiz yang anda kehendaki
---melalui resepi ini, boleh buat saiz mini pizza atau saiz pizza yang standard

Untuk sos :
* Tumiskan bawang-bawang tadi
* Apabila wangi, masukkan ayam/daging yang telah dicincang beserta sedikit air
* Setelah itu, masukkan serbuk kari ayam/daging ( saya guna adabi ) + sedikit garam
* Setelah masak, tunggu seketika, dan bolehlah letakkan dia atas doh pizza yang telah dicanai

Setelah itu, masukkan BAHAN ATAS  mengikut citarasa anda, tetapi, perlu diingat keju hanya ditabur setelah separuh masak pizza itu...

Bakar dalam suhu 170/200 darjah celcius : 30-40minit

::melalui resepi ini, saya telah mencuba membuat mini pizza dan pizza yang standard cam kat pizza hut tu, Alhamdulillah rasanya memang lazat, dohnya pula lembut..tetapi masa tu, lupa nak  ambik gambar untuk buat kenangan,hehehe...::

Salam dari saya : Siti Nur Nadiah binti Zakaria

Mengalih fikiran...

Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu, bahasa Melayu adalah bahasa yang amat tersohor, sebagai lingua franca sedikit masa dahulu. Tokoh bahasa, Za'ba, yang merupakan peneroka, pelapor kepada kajian-kajian tatabahasa bahasa Melayu, jika masih hidup sudah tentu lantang bersuara melihat masa depan bahasa Melayu kini, yang dipinggirkan oleh penuturnya sendiri.

  "Karangannya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu sungguh benar pelita yang menerang suasana kelam keliru dan menunjuk jalan ke arah kesedaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu". ( Prof.Dr.Syed Naquib Al-Attas : Pelita Bahasa Disembar 2008 ).

Jika dilihat dari prospek sejarah, adalah amat perlu kita mengimbas bahawa perjuangan tokoh-tokoh dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sebelum negara merdeka seiring dalam menuntut kemerdekaan pada masa itu akan memberikan keinsifan berganda pada kita. Oleh itu, marilah kita merenung kembali kegemilangan masa depan bahasa yang semakin dipinggirkan itu. Marilah kita bermunasabah dan berusaha segenap peluang yang ada hanya untuk memartabatkan kembali, meletakkan kembali bahasa Melayu pada keadaan asalnya.

Yang pasti, sudah tentu banyak rintangan akan kita tempuh untuk ke arah itu, walaupun tak dapat kita nafikan bahasa Inggeris amat penting buat masa sekarang. Marilah kita mengimbangkan penggunaan bahasa Melayu supaya tidaklah kita, sebagai bangsa Melayu dianggap lupa pada bahasa sendiri dan dianggap mengagungkan bahasa Inggeris...
Sumber rujukan: Pelita Bahasa Disember 2008.

Salam dari saya, Siti Nur Nadiah binti Zakaria=)

Saturday, January 16, 2010

salam 1Malaysia

Assalamualaikum dan salam muhibbah semua!!=)
Sebagai seorang penulis blog yang baru, saya amat mengalu-alukan penulis blog yang 'senior' dalam memberi tunjuk ajar kepada saya, di samping berkongsi idea mengenai penulisan blog ini.
Terima Kasih!

Salam dari saya : Siti Nur Nadiah binti Zakaria=)